Lazada MY

Tuesday, 12 February 2013

Peluang.. Peluang... Peluang

Bila kita jarang memikirkannya, ia datang tanpa kita duga.  Datang pada masa yang jauh dari jangkaan kita.  Semacam kita mencari sesuatu benda, bila tidak dicari tahu sahaja dimana terletaknya dia, bila kita memerlukannya, susah benar nak mengingat kembali dimana letaknya. 

Peluang datang dan pergi.  Menunggu tindakan dari kita.  Adakah kita ingin mengambil peluang itu?.  Ramai yang mentakrif peluang dari pelbagai perspektif.  Ada yang hanya melihat peluang adalah sesuatu yang menguntungkan sahaja.  Ada juga memikirkan peluang itu sesuatu yang abstrak.  Hanya yang memikirkan begitu yang faham.  Peluang datang dengan pelbagai bentuk kejadian, sama ada dari bentuk fizikal seperti tawaran-tawaran yang sukar untuk ditolak ataupun dalam bentuk abstrak seperti 'pembuka jalan' kepada peluang-peluang fizikal yang lain.  Tinggal lagi bagaimana kita kenal pasti peluang-peluang yang ada.

Banyak sebenarnya tools atau alat-alat disekeliling kita seperti website sosial facebook, twitter dan sebagainya yang dapat menemukan kita dengan peluang-peluang yang ada.  Ianya hanya berlaku jika kita berniat ikhlas dan baik-baik sahaja.  Seperti contoh facebook, jika kita tulis perkataan-perkataan yang baik-baik sahaja, insyaAllah kehidupan kita akan jadi lebih baik.  Janganlah kita menulis sesuatu yang negatif seperti contoh menghentam sana sini, ataupun melepaskan kemarahan yang keterlaluan.  Natijahnya juga akan negatif.  Ada yang sudah kena pecat dan dibuang keluarga atas sifat terlalu teruja untuk memberitahu orang lain perasaan kita.  Kita sebenarnya tertipu dengan perkataan 'status' pada wall facebook itu.  Ianya lebih kepada nak anda semua menterjemah luahan perasaan anda pada wall.  Jika baik, baiklah.  Jika tidak, maka hancurlah.

Berpada-pada dalam meluahkan sesuatu di dalam media sosial.  Ada sesetengah hal hanya perlu disimpan dan di address sebaik mungkin dengan orang yang berkenaan sahaja. Itukan lebih baik.  Sedih mengenangkan status seorang anak yang marahkan ibunya hanya kerana si ibu menyamakan anime dengan k-pop.  Sudahnya, si anak memaki hamun ibunya di wall fb.  Hina.

Aku berpeluang berjumpa dengan sahabat blogger dzirfans ffb pagi tadi.  Selepas berjogging dan spend masa breakfast bersama.  Banyak sebenarnya peluang yang ada didepan mata.  Tapi satu persatu dululah.  Tidak perlu terburu-buru.

Bercakap tentang peluang.  Ini ada satu peluang rumah lelong bumi lot di Cyberjaya.  Contact la mereka yang berkenaan ya..

Peluang Keemasan ini

4 comments:

  1. peluang ni boleh dikira macam ilham yang Allah beri juga. sekali dia datang, sekali tu jelah peluang tu ada. lepas ni, peluang/ilham lain pulak. dah tak sama

    ReplyDelete
  2. peuang dtg dlm mcm2x cara dan mcm2 bentuk...termasuklah peluang nak tengok televisyen contohnye, atau peluang perniagaan...

    tu contoh je,,, :)

    ReplyDelete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...