Tahun 2016 ni memang terasa sesak ekonomi negara Malaysia. Aku xpasti apa pendapat mereka yang bergaji besar atau yang menerima semua kemudahan kerajaan dengan percuma. Namun untuk orang seperti aku yang menguruskan ekonomi untuk pesakit memang terasa impak akibat kemelesetan harga minyak dan beban GST.
Memang duit yang diuruskan adalah duit org awam. Tapi kita boleh rasa dengan keterhadan kemampuan peruntukan yang diberikan. Misalnya jika dulu dengan bajet RM 1 juta boleh manfaatkan 1000 org pesakit utk sesuatu penyakit, kini maybe tak sampai jumlah seribu org tu tadi. Maknanya apa? Maknanya akan ada pesakit yang tidak dapat menerima kemudahan kesihatan dengan percuma. Hasilnya maybe terpaksa mereka membeli ubat-ubatan mereka di farmasi. Dan kos itu siapa yang perlu tanggung?
Belum diburukkan lagi dengan peruntukan yang ditarik semula. Planning utk setahun rosak. Semalam aku ada terbaca luahan dari kalangan orang bisnes tentang industri fesyen terutamanya yang bertumpu di Bangi Sentral. Frankly speaking, memang aku tak suka tempat tu sebab keadaan dan price yang tak munasabah. Pemerhatian aku dulu pun dah menjangkakan mereka tak dapat bertahan lama pun. Tapi sedih juga la sebab majoriti adalah kaum melayu, terpaksa tunduk dengan desakan kadar sewa yang tidak munasabah dan himpitan peraturan baru GST kerajaan serta kemerosotan kuasa membeli pelanggan.
Dahulu, ada seorg CEO ni kecoh canang yang berniaga lebih mengikuti sunnah. Memang benarla kalau merujuk kepada hadis-hadis tertentu tetapi berlaku adil la pada yang makan gaji. Sebab yang makan gaji ni la yang memberi kelangsungan hidup bisnes mereka. Tak perlu sepatutnya ketika kita di atas mengeluarkan komen sebegitu. Ini juga salah satu sebab aku xsuka Bangi Sentral.
But, yeah. Memang xdapat nak sangkal ekonomi negara ni ada domino efeknya. Pharmaceutical rep yang jumpa aku ramai mengeluh. Imbuhan dari sales menurun, dan ini xbagus dari segi rantaian ekonomi. Setiap org akan ada menerima kesan. Sedikit sebanyak pasti ada.
Apa aku boleh kata yang aku berdoa agar semua ni cepat berlalu. Duit yang boleh dibelanjakan bertambah. Pesakit dapat manfaat maximum dari kemakmuran negara, ramai rakyat Malaysia boleh berbelanja, ramai tokey kedai boleh tersenyum lebar, tahap kualiti hidup meningkat dan semua orang bergembira.
Atau semua itu hanya tinggal khayalan? I hope not.
No comments:
Post a Comment