Alhamdulillah, selesai sudah urusan pencarian penyewa rumah di Sg Buloh. Kali ni mungkin penyewa hendak tinggal lama. Sebabnya ada bawa orang tua sekali. Famili dan duduk adik beradik. Adik beradik semua sudah bekerja. Jadinya insyaAllah sewa tak jadi masalah. Inilah satu-satunya penyewa yang tak banyak sgt soal pasal deposit.
Hanya perlu bagitau berapa, terus setuju dan bayar on da spot. Dalam keadaan ekonomi negara tengah gawat, ada lagi rezeki. Jadinya semalam lepas habis kerja terus aku ke Sg Buloh utk finalise tenancy agreement. Setel.
Weekend ni akan ke Sri Manjung untuk uruskan rumah kat sana pula. Alhamdulillah, walaupun penyewa telah keluar tapi masih gentleman. Masih sudi invite aku satu famili ke opening business JV antara dia dgn kawan Ahad nanti. Ada sket makan-makan katanya. Penyewa ni pun Alhamdulillah a very good paymaster. Cuma sebab dari background O&G memang company affected dgn kejatuhan harga minyak. Syarikat xmampu nak bayar sewa rumah tu. Terpaksa dia downgrade cara hidup dari tggl di double storey ke apartment saja. Janji situasi manageable.
Sebenarnya nak setelkan hal ni last weekend tapi clash dgn Deepavali. Tak sanggup nak bersesak dlm jem. So, this weekend hopefully trafik normal semula. Tadi sempat gak booking kitchen appliance utk isteri. Pergi TNB di Bandar Bukit Puchong utk install meter TNB di rumah Sri Kembangan. Hopefully all is well.
Mood nak blogging kadangkala merudum. Maybe sebab faktor usia dan minat yang berkurangan. Fokus terhadap kerja, letih dan seumpamanya. Harap ada la org nak baca apa yg direpekkan dalam ni. 😜
No comments:
Post a Comment