ADFELPS adalah singkatan bagi Australian Defense Force
English Language Profiling System. Ianya lebih kurang TOEFL atau IELTS untuk
pelajar yang akan belajar ke luar negara. Aku berkesempatan untuk mengikuti
ujian ini di Kementerian Pertahanan. Ujian ini diwajibkan kepada semua calon yang
dicalonkan oleh Jabatanarah masing-masing untuk mengikuti kursus Ijazah
Lanjutan di Australia.
![]() |
ADFELPS |
Ujian ini terbahagi kepada 4 iaitu reading, listening,
writing dan speaking. Biasalahlah, ujian ini untuk menguji tahap keupayaan dan
penguasaan bahasa inggeris pada para calon. Daripada pemerhatian aku, seramai
lebih kurang 30 orang calon daripada para pegawai Tentera Darat dicalonkan dan
tempat yang bakal diberikan hanyalah diantara 3 hingga 5 tempat.
Aku hanya lakukan yang terbaik pada hari ujian tersebut
walaupun tiada persiapan yang boleh dilakukan, sebabnya dapat notis lambat dari
pihak yang menganjurkan. So, terpaksalah aku bergerak ke KL pada sebelah petang
yang sepatutnya aku dah keluarga pergi ke Bukit Merah untuk bercuti. Inilah
pengorbanan yang terpaksa aku buat, mungkin aka nada hikmahnya disebalik yang
berlaku.
![]() |
Harap-harap lulus la dengan cemerlang |
Difahamkan sekiranya calon layak ke Australia ,
pegawai terbabit boleh membawa isteri dan anak-anak semaksimum 3 orang anak. Elaun
untuk isteri dan anak-anak juga diberikan. Aku pun tidak pasti adakah ianya
betul atau tidak tetapi itulah maklumbalas yang aku dapat daripada
senior-senior aku yang sama mengikuti ujian tersebut. Ada yang sudah repeat 5 kali ujian ini.
Keputusan yang dikehendaki adalah 7 flat bermakna untuk
setiap ujian, calon dikehendaki mendapat gred 7 daripada 10 markah maksimum. Aku
berdoa agar aku lulus ujian ini dan dipilih oleh Kedutaan Australia
disini untuk pengalaman belajar di luar negara aku yang pertama bersama famili.
Jika tidak terpilih pun tidak mengapa, aku tetap melanjutkan pelajaran ke
bidang Master seperti yang aku ceritakan di entri ini.
InsyaAllah, sekiranya ada rezeki, tuah ayam Nampak di kaki,
tuah manusia hanya DIA yang tahu.
mesti payah ni sampai ada kena repeat 5 kali tuh.
ReplyDeleteAhaks, macam tu la gamaknya
Deletemudahan bro melepasi setiap ujian yg nampaknya mencabar.
ReplyDelete