Pemikiran yang waras, positif dan realistik adalah penting
kepada sesebuah organisasi. Mengapa ianya penting? Fikiran yang positif mampu
menarik reaksi positif. Ini adalah entri luahan hati aku.
Pada aku, jika kita berfikiran positif, waras dan realistic,
kita mampu mengubah dunia ini. Bagaimana? Kita mampu mengubah dunia ini dengan
cara affection yang mampu kita cipta,
tarik dan ubah perilaku manusia disekeliling kita. Cumanya, jangan kita tewas
dengan karakter-karakter negatif yang lebih dominan di sekeliling kita. Kita
tidak perlu berkeras atau berlawan menegangkan apa prinsip dan hati kita rasa. Cukup
sekadar kita ’bersederhana’ dalam perwatakan dan tidak ego. Ada manusia yang
tiada ego, atau kebanyakan manusia sbenarnya boleh mengawal egonya. Perlu ada
rasa sabar dan syukur.
Sebagai pemimpin, sifat sebegini
amat penting demi kelangsungan perjalanan pengoperasian sesebuah organisasi. Pemimpin
perlu bersikap cool, tidak mudah mengalah, tidak mudah mengeluh, tidak mudah
gelabah dengan cabaran dan ujian yang bakal dihidapi.
Anda pernah lihat filem The Secret? Atau membaca buku
motivasi popular The Secret yang mencatat jualan tertinggi disekitar tahun
2006? Saya rasa belum terlambat untuk anda baca dan fikirkan apa yang ingin
disampaikan oleh penulisnya iaitu Rhonda Byrne. Dalam buku itu mengisahkan
teori tarikan ataupun Attraction Law yang dinatijahkan dengan kuasa alam
semesta. Jika kita berfikiran positif, kita mampu menjadi apa yang kita
idamkan. Tapi perlu diingat, bukan hanya setakat mengubah cara berfikir anda
senang boleh dapat kekayaan, kecergasan dan kegembiraan. Anda juga perlu
berusaha ke arah itu.
Buku tersebut ada baik dan buruknya, tetapi anda yang
menentukannya. Tentukan bagaimana? Tentukan dengan fikiran anda. Lihat,
betapa hebatnya kuasa fikiran anda. Akal yang tuhan berikan hanya pada manusia.
Dapatkah anda bayangkan jika fikiran anda positif, jauh dari prasangka buruk,
sifat negatif dan sebagainya, ia akan mencorakkan diri anda menjadi lebih baik
dan berjaya.
Tidak perlu sertai seminar mahal
kuasa minda yang dianjurkan, hanya mulakan dengan langkah pertama. Iaitu
berubah dan istiqamah. Kurangkan atau minimumkan kesilapan diri sendiri.
Nescaya tuhan akan membantu kita. InsyaAllah. Seminar yang dianjurkan mungkin
lebih baik dari kita mulakan sendiri, jika anda mampu, baguslah. Jika tidak,
anda boleh mulakan sendiri. Terpulang kepada diri anda. Seminar anda lebih
bersemangat disebabkan ada motivasi dari rakan-rakan dan perasaan persamaan ke
arah kebaikan. Maka anda tidak malu dan terus memulakan langkah pertama anda
itu.
Langkah pertama itu yang paling
mustahak. Motivasi adalah perkara kedua. Jika anda tukar cara anda berfikir dan
dapatkan sokongan dari diri anda sendiri. Anda boleh lakukannya. Tidaklah orang
gunakan kesempatan ’kurang motivasi’ untuk mereka jana duit dan seterusnya
mereka yang sebenarnya lebih kaya dan berjaya dari anda. Jika anda sememangnya
perlukan motivasi, anda memang golongan yang perlu ke seminar. Jika tidak, anda
dapat jimatkan wang dan ubah cara hidup anda.
So, bersama-samalah kita
berfikiran positif terhadap apa yang terjadi dalam hidup kita.
No comments:
Post a Comment